Wednesday, December 5, 2018
BBM3410/18: Video Tanpa Wajah
Dari segi shot video , perbezaan masa dan tempat perlu diambil kira.
Setiap babak perlu diambil berdasarkan kesesuaian lirik lagu.
Video tanpa wajah ini tidak boleh menampakkan wajah semua pelakon .
Dalam pada itu , video tanpa wajah ini perlu memberi fokus kepada satu objek sahaja.
Contohnya , satu kisah mengenai kemiskinan. Fokus utamanya ialah kotak. Jadi video yang dibuat perlu lebih kepada kotak tersebut. Boleh juag fokus kepada organ badan selain dari muka seperti tangan.
Selain itu , perkara yang ditekankan ialah jalan cerita. Jalan cerita mestilah sampai dan sesuai dengan lagu.
Tiada penyanyi dalam melakukan video tanpa wajah ini.
Dalam konteks ini perkara utama yang ditekankan ialah :
*Jalan cerita
*Babak yang dilakonkan di tempat dan masa yang berbeza
* Fokus objek
BBM3410/18: Video One Shot
Video one shot perlu dirakam tanpa menggerakkan perakam video.
Dalam membuat video one shot ini , satu lagu dipilih dan hanya perlu miming sahaja. Manakala suara asal penyayi diperlukan.
Dalam konteks ini , cara melakukan video one shot ialah penyanyai perlu bertukar ganti dan tiada lakonan yang dibuat. Hanya nyanyian semata-mata.
Untuk mencantikkan lagi video yang dibuat , pergerakan keluar masa antara seorang penyanyi dengan penyanyi yang lain digalakkan . Ianya bagi menampakkan video yang dibuat tak kaku.
Pemilihan lagu juga memainkan peranan penting dalam membuat video one shot ini.
BBM3410/18 : Papan Cerita
Papan cerita dijadikan sebagai sandaran ataupun rujukan semua pihak yang terlibat.
Papan cerita juga memenuhi semua kriteria skop kerja.
Dalam pada itu , papan cerita juga perkara utama yang perlu dilakukan oleh sesebuah organisasi untuk memudahkan kakitangan memberi tindak balas dan memberi kefahaman dalam sesuatu projek.
Papan cerita yang dibuat mestilah jelas dan padu. Dan setiap kakitangan dapat mengetahui dan memahami tugas yang perlu dibuat.
Dalam papan cerita , hanya lakaran sahaja yang perlu dibuat hal ini kerana papan cerita merupakan asas kepada pelaksanaan sesuatu projek.
BBM3410/18 : Asas Grafik
Asas grafik mempunyai 5 perkara yang perlu di ambil kira iaitu :
1) Mudah - yang dikatakan mudah ialah sesuatu gambar yang diambil apabila dilihat semula sudah menggambarkan kefahaman pembaca atau pelihat. Pembaca atau pelihat tidak perlu berfikir lama untuk memahami gambar yang diambil itu.
2) kesesuaian - asaa grafik menekankan kesesuaian iaitu dari segi kombinasi gambar utama dengan latar belakang mempunyai keserasian. Begitu juga dengan gambar sokongan lain yang berkaitan mesti serasi.
3) keseimbangan - dari segi keseimbangan pula, seorang jurugambar perlu mahir untik seimbangkan gambar yang diambil seperti keluasan diantara kiri kanan atas bawah sama luas. Begitu juga dengam objek yang diambil , perlu seimbanh kedudukannya.
4) Warna - dari aspek warna , gambar yang diambil dapat dilihat perbezaan warna dalam gambar tersebut . Perlu ada warna yang membezakan sesuatu . Contohnya , gambar pemandangan hijau , satunya ada warna merah melambangkan bunga. Ini lah yang dikatakan warna.
5) Teks - teks pula ialah dilihat dari segi penggunaan ayat dalam gambar. Seharusnya mempunyai ayat yang ringkas, jelas dan tepat . Teks tidak memerlukan ayat yang panjang .
BBM3410/18 FACEBOOK
Untung ke aku, sebab viva dengan prof haritu . Dapat lah aku curi² ambil gambar dia tengah membawang. Heee .
Thursday, November 15, 2018
BBM 3410/18: CARA HALAU SEMUT KELUAR DARI BALANG GULA
semut ni kalau dengan gula dah macam kawan baik dah aku rasa. mesti semut tu akan muncul kalau ada gula. haih . kadang pelik jugak macam manalah boleh masuk dalam balang gula.
Jadi bila dah ada semut mesti kita rasa macam nak buang semua gula tu. sebab tak kan nak kutip sekor-sekor kut kan.
ha mai sini aku bagi tahu macam mana mak aku buat kalau ada semut dalam gula.
bunga cengkih !!
mesti dekat rumah masing-masing ada bunga cengkih ni kan . tak banyak pun guna nya.
ambil dalam 3-5 biji bunga cengkih tuu letak je dalam balang gula.
pastikan buka lah penutup dia .
dalam tak sampai setengah jam, tengoklah bertempiaran semut tu lari dari balang tu.
jangan risau kita tak membunuh. sebab semut tu tak mati dia cuma keluar je dari balang tu. heee . mudahkan ?
nilah bunga cengkih yang aku cakap tadi. |
BBM3410/18: KELAS AMALI KHAMIS
BBM3410/18 PRODUK AIKEN
Harini aku rasa macam nak kongsi sikit pengalaman aku guna produk AIKEN.
produk AIKEN ni memang sesuai untuk semua orang . tapi lagi sesuai untuk yang bermasalah jerawat teruk dan muka berminyak.
okay sebelum aku jumpa dengan produk AIKEN ni, muka aku sangat-sangat berminyak dan jerawat suka bermastautin kat muka aku. memang tak nafikan lah beribu duit aku habis semata untuk hilangkan semua tu.
berkesannnnnn, tapi tulah sekejap je. lepas tu dia bermaharajalela balik kat muka aku. aduhhh.
sampai lah orang duk cerita pasal produk timbang kilo bagai tu. aku pun buatlah kajian sikit google produk tersebut. hmm. patutlah.
jadinya aku berjinak-jinak jejak kaki aku ke drugstore macam Watson dan Gurdian.
aku tanya dia punya pakar perunding kat situ. dan pakar tu syorkan kat aku guna produk AIKEN.
Alhamdulillah aku dah guna produk tuu hampir setahun.
harga dia memang murah. sesuailah untuk pelajar yang macam aku. kalau habis pun senang nak beli semula. sebab tak mahal.
contoh produk AIKEN
UBAT JERAWAT PALING BERKESAN ! SAPU TERUS KECUTT ! |
WANGIIIII BAU DIA !! |
Tuesday, November 13, 2018
BBM 3410/18 VIDEO ONE SHOT TWO LAYER
proses perbincangan |
Monday, November 12, 2018
BBM3410/18 Twitter
Sejak ambil subjek BBM 3410 macam-macam Apps aku kena install .
Aku baru ada Twitter weh . Tak pandai lagi nak guna . Sebab aku bukan jenis nak belek benda macam tu . Aku sibuk dengan kerja aku . Huhu .
Tapiii aku buat jugak apa yang Prof suruh. Aku kena REDHA. Ujian hidup , adatlahh kan .
Aku kena retweet balik apa yang di Tweet oleh kawan². Huuu . Allah je tahu tahap malas aku nak Tweet dekat Twitter . Bukan apa , sebab aku tak pandai guna . Hmm .
Aku cuba juga buat semua tu . Heee . Aku berjaya lah tweet beberapa orang kawan aku punya post . Huuuuu .
Tapi lama-lama baru aku tahu yang Twitter tu rupanya khas untuk yang suka membaca. Haha . Sebab banyak tulisan dari gambar tak macam Insta. Hmm . Boleh lah banyak jugak input yang aku dapat bila follow orang yang bijak pandai.
Heee terima kasih Prof sebab dedahkan semua Apps yang bermanfaat :)
Contoh yang aku dah retweet + komen lagii . Hehe .
Sunday, November 11, 2018
BBM 3410/18 : tugasan kampungku
Tugasan kampung ku
Tugasan ni kami perlu mengambil 10 keping gambar yang berkaitan dengan pemandangan di kampung halaman .
Masa buat tugasan ni , aku hadapi kekangan sebab aku tak balik rumah . Aku kat Upm . Huuhu
Ada benda aku nak kena siapkan . Memang masa tu tak senang duduklah cerita dia . Markahh kut .
Jadinya fikir punya fikir aku balik lah lari kejap dalam 2 hari je aku balik .
Kisahnya , siap jugak tugasan kampungku . Huuu .
BBM 3410/18 : Hotel Melaka
Cuti sekolah dah hampir . Pastiii semua nak cari tempat untuk bercuti .
Ha pada yang nak ke Melaka tu , saya boleh dikatakan menginaplah di hotel Seri Pelangi . Sebab apa ?
* Murah
* Betul² depan Taming Sari (senang nak berjalan tak payah bawa kereta , jalan kaki je) boleh save duit minyak
* Owner dia Islam (memang yakin lah nak guna semua benda dalam tu)
* Ada macam saiz bilik , apartmen pun ada .
* Dekat jugak dengan kedai makan hipstur kat situ .
* Senang nak shoping
* Ada jugak hotel tu bagi kupon diskaun untuk pelanggan.
Huuu , dan siap sedialah bawak duit banyak kalau ada budak² . Sebab semua benda diorang nak . Huuu .
Aku lupa lak nak ambil gambar hotel tu . Tapi jangam risau , google je Hotel Seri Pelangi :))
BBM 3410/18 : tips sebelum masuk kelas multimedia
Haii junior BLM , Kat sini aku nak bagi tips kat korang sebelum nak masuk kelas bahasa dalam multimedia
Pertama :
Korang mesti kena simpan duit RM 85.00 untuk beli buku prof (BOOM & 200 Quotes)
Buku tu mesti korang kena bawa setiap kali kelas prof , kalau tak habis lah korang kena potong markah .
Kedua :
Untuk kelas amali , korang kena siap sedia untuk buat blog macam aku tengah buat sekarang ni .
Kalau boleh buat lah siap-siap blog . Senang !
Lepastu install siap-siap Adobe Photoshop untuk buat kalendar .
Ketiga :
Pandai pilih ahli kumpulan . alhamdulillah aku punya ahli kumpulam semua perfom . Kalau korang silap pilih ahli , masak lah korang .
Sebab tugasan prof banyak dan memerlukan kreariviti
Keempat :
Kalau boleh siapkan PITA sebelum ambil subjek bahasa dalam multimedia ni . Sebab nanti korang akan rasa tak sempat nak buat PITA .
Tu je lah aku nak bagi tahu .
Tapii , korang jangan risau , kelas Prof lah paling seronok dan banyak benda yang korang akan dapat walaupun kita budah bahasa . Heee . Sekian :)
BBM3410/18
Prof masuk tv !!
Huuu pada hari Isnin 5 Nov , Prof Normaliza diundang khas oleh Tv Al- Hijrah untuk mengupas tajuk mengenai memartabat bahasa Melayu dan pengharmonian antara kaum .
Apa yang dikatakan , prof memang hebat . Bab berceramah memang serah dekat Prof . Perfect !
Tugasan yang kami perlu buat ialah ambil gambar prof semasa sedang berceramah .
Katanya , ambil gambar bagi dia nampak muda walaupun **.
Heee , rata-rata gambar yang diambil oleh kawan-kawan aku memang betul prof nampak muda . Mungkin sebab prof kecikk kut . Hehe .
BBM3410/10 : KELAS DEEPAVALI
Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang diraikan oleh kaum India .
Perayaan Deepavali sama seperti musim perayaan kaum kaum yang lain iaitu mendapat kesamarataan cuti selama seminggu .
Untuk mendapatkan kesamarataan tersebut , kami pelajar BLM perlu membuat sesuatu atas permintaan Prof agar kelas kuliah pada hari Isnin di jalankan atas talian .
Oleh itu , kami di beri tugasan untuk memuat naikkan gambar tangan yang bermaksud setuju supaya kelas hari isnin tersebut diadakan secara atas talian .
Jadiii , kami berjayaa !
Kami bersatu hati sebab kesian dekat Kavenia dan Rao kerana mereka nak sambut raya dengan tenang .
Thursday, October 25, 2018
BBM 3410/18 : markah post insta
Jadinya kepada sesiapa yang mahu tengok macam mana kaedah ambil gambar flatlay , quarter flat lay , zero flat lay , half flat lay tu boleh lah jenguk insta saya amelina_azhari
BBM 3410/18 : VIDEO ONE SHOT
Monday, October 22, 2018
BBM3410/18 : DUIT
Duit !! Siapa je yang tak perlukan duit kan ? Lagi² student yang selalu habiskan duit untuk makan , lepak dan sebagainya.
Bagi aku pulak , aku jenis suka simpan duit dan keluarkan duit bila aku terdesak . Tapi macam hari² lak terdesak . Huhuhh . Dan aku sejenis yang tak reti mintk duit kat mak ayah aku . Segan ! Sebab dah besar . Huuuu
Sebab tu lah aku habiskan masa terluang aku denga buat kerja part time . Kerja kat mana , biar lah rahsia . Sebab aku tak suka kawan² aku datang masa aku tengah kerja .
Siapa cakap senang belajar sambil kerja ni ?
Mencabar sangat , tapi tu lah , ni jalan yang aku pilih . Sebab aku tak nak susahkan mak ayah aku .
Dan ramai tanya aku , macam mana manage masa ? Dengan tugasan , PITA , kelas semua tu .
Ermmm . Aku rasa kalau kau yang nak buat semua tu dengan ikhlas dan yakin kat Allah , semua tu jadi mudah . Alhamdulillah aku boleh buat semua tu . Dan masuk sem yang kedua dah aku kerja .
Tips yang selalu aku pegang
* Niat tu kena betulll !
* Doa merayu kat Allah
* Mintak restu mak ayah & luang masa dengan mereka
* jaga hubungan dengan manusia
* mudahkan urusan orang lain .
Tu je benda yang aku selalu buat walaupun aku ni kengkadang perangai macam hantu !!
BBM3410/18 : KALENDAR
Lagiiii ...
Seterusnya , kalendar !!
Kami kena buat kalendar guna adobe photo shot kut !!
Susahh sangat sebab tak pernah guna adobe tu .
Kalendar 2019 kena siapkan !!
Dah lah kena install apps tu .
Apps tu bervirus pulakkk !
Ramai kawan kawan merungut laptop mereka kelip kelippp . Alahhh takut jadi kat laptop aku .
Mintak² lah laptop aku bertahan smpai habis sem ni .
Doakan kami BLM dapat selesaikan tugasan Prof yang bertimbun !!
Masa aku nak siap kan kalendar ni , hmm aku sentap siket dengan G** tu . Kisah dia biarlah rahsia cuma ada ke dia cakap aku tak adil ? Okay takpe lagi aku terima , tup tuppp dia pulak yang buat keputusan macam tu dekat kawan aku yang lain !! Dia macam membenarkan . Apa tu ! Siapa yang tak adill ?? Lepas dari tu aku jadi malas nak pergi kelas amali.
Dan walaubagaimanapun , aku suka cara prof !! Bila dia kata A, A lah jawapnya . Takde tukar² . Hmm .
Tapii Alhamdulillah aku buat jugak kalendar tu dekat bilik . Sebab aku tahu tu tugasan aku . Heeee .
BBM 3410/18 : SIMPULAN BAHASA
Wednesday, October 10, 2018
BBM3410/18 : BENCANA ALAM
Asraghfirullahaladzim
Astaghfirullahaladzim
Sudahkah anda beristighfar ?
Sejak kebelakangan ni , pelbagai bencana alam berlaku di negara jiran iaitu Indonesia begitu juga dengan Malaysia.
AllahuAkbar !! Kiamat dah dekat :(
Takutnya hati ini . Adakah syurga mahu terima aku ? Allah .
Aku melihat dunia seolah olah mereka tidak kesah dan endah tentang bencana yang berlaku .
Bencana yang berlaku adalah satu petunjuk dan penanda bahawa dunia semakin tua. Semakin hampir sampai ke penghujungnya . Lailah ...
Disana sini maksiat . Buang anak , zina , bunuh mak , bunuh ayah , LGBT lagilah berleluasa. Ya Allah . Sedihnya dengan dunia yang semakin tua.
Ayuhlah sama sama kita kejar akhirat
Semoga syurga milik kita semua . Amiinnnn :)
TSUNAMI DI PALU INDONESIA |
BBM3410/18
Kisah benar ... (sekadar renungan)
BBM 3410/18 Tugasan minggu 5 (fotografi)
Ingatkan dah habis fotografi punya kerja. Ya Ampun ada lagi . Fotografi yang kali ni lagi seronok dari haritu . Sebab apa saya cakap seronok ? Sebab tak melibatkan orang dalam gambar tersebut . Auwww habis tu tangkap gambar apa . Ha ni dia , anda semua kan selalu sebelum makan ambil gambar dulu kan ? Main ambil je gambar tu macam mana kan ? Jadinya disini saya akan sebutkan jenis fotografi tersebut .
* fotografi flat lay
* fotografi half flat lay
* fotografi quarter flat lay
*fotografi zero flat lay
Oleh itu , kami perlu mengambil gambar mengikut jenis fotografi yang disebutkan oleh prof . Huuuu . Mencabar weh proses ambil gambar tu . Sampai ada yang bergaduh lah walaupun satu kumpulan . Nasib baik perang dingin tu sekejap je . Kalau tak habis lah nak kena hadap 1 sem . Hehe . Alhamdulillah walaubagaimanapun kami dapat post di instagram mengikut masa yang ditetapkan . Kami hanya diber masa 2 jam sahaja . Boleh bayangkan lah kalutnya macam mana . Tapi kelakar boleh tengok usaha kawan- kawan untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik . Proses pengambilan gambar akan diterangkan melalui gambar yang saya akan masukkan . Boleh bayang sendirilah betapa hebatnya kami sahut cabaran
Wednesday, October 3, 2018
BBM3410/18 : Diari Minggu Lepas
Salam sejahtera pembaca yang dikasihi :)
Aktiviti yang saya lakukan pada minggu lepas ialah seperti biasa saya bekerja. Heee . Gigih cari duit . Sebab nafsu membeli saya tinggi . Haha . Dalam kesibukan mencari duit tu sempatlah jugak membeli belah lagi . Heee . Boleh kata minggu tersebut 2 kali saya jejak kaki ke The Mines . Heee . Pergi buat apa je ? Mestilah habiskan duit yang ada . Haha . Tu yang pertamanya. Kedua saya pergi adalah untuk makan oden . Heee yang dekat family mart tu . Sedap rupanya . Macam nak pegi beli lagi nanti . Lepas itu saya pergi ke uptown The Mines. Wah boleh tahan lah harganya murah-murah. Sangat berbaloi kepada sesiapa yang nak bergaya tapi tidak mampun π .
Setelah itu , semasa hendak balik ke kolej yang tercinta iaitu KTP saya sempat tertoleh satu bunting yang iklankan kursus kahwin. Wahh peluang terdetik dihati . Tanpa berfikir panjang saya terus daftar untuk ambil kursus tersebut. Alhamdulillah kursus yang sangat seronokπ . Bukan itu sahaja, harga juga murah iaitu RM 75 termasuk makan . Kursus tersebut berlangsung selama 2 hari .
Yeah salah satu senarai yang saya perlu buat untuk ke alam rumah tangga tidak lama lagi berjaya dibuat . π€π€π€
P/s : Doakan saya murah rezeki, mendapat kerja yang bagus dan dekan lagi buat semester yang terakhir ini. πππ
BBM3410/18 : Pesta makanan
Assalamualaikum semua. Heheπ
Minggu kedua tidak silap saya . Pesta makanan yang sering ditunggu-tunggu oleh semua orang khususnya perempuan seperti saya yang kuat makan. Hehe . Walaupun berat tak naik-naik (yelah nak pakai baju pengantin kan) π€
Pesta makanan tersebut telah diadakan di FBMK di hadapan rumah-rumah tradisional. Seronoknya disitu , saya dapat melihat pensyarah-pensyarah menunjukkan bakat mereka untuk memasak. Bukan setakat pandai bersyarah je . Mereka sangat hebat. Yang paling saya suka Dr NorAzlina jual laksa Noraaz. Wahhhh hebat sangat .π
Selain itu, terdapat juga makanan yang boleh dikatakan pelik bagi saya kerana ada bermacam-macam laksa. Saya ingat laksa ni satu je tapi nahhh kau banyak jenisnya . Kuih muih pun ada juga dijual di pesta makanan tersebut . Huhh memang kena bawa duit banyak lah masa tu . Semua benda rasa nak beli.
Tapi ada jugak yang jual makanan tidak ikut tema pesta tersebut. Apa yang mereka jual ? Air mangga viral sekarang . Hehe . π Tapi tidak kisahlah ianya dapat memeriahkan suasana pesta tersebut .
Dalam pada itu, terdapat juga pertunjukan masakan oleh chef yang terkenal iaitu chef Shahrim . Beliau memang hebat sangat dalam masakan sangat kreatif !
Bukan itu sahaja, ada juga pertandingan diselitkan iaitu , pertandingan ukir buah , mewarna , cabutan bertuah dan banyak lagi. Hal ini dapat menarik minat budak-budak kecil.
Setelah penat tawaf satu pesta makanan tersebut saya balik terus pergi ke bank untuk ambil duit. Haha. Habis terus duit . Nasib baik JPA dah masuk. Heheπ