Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Video tanpa wajah pula berbeza dengan video one shot.  Video tanpa wajah perlu diedit .

Dari segi shot video , perbezaan masa dan tempat perlu diambil kira.

Setiap babak perlu diambil berdasarkan kesesuaian lirik lagu.

Video tanpa wajah ini tidak boleh menampakkan wajah semua pelakon .

Dalam pada itu , video tanpa wajah ini perlu memberi fokus kepada satu objek sahaja.

Contohnya , satu kisah mengenai kemiskinan. Fokus utamanya ialah kotak. Jadi video yang dibuat perlu lebih kepada kotak tersebut. Boleh juag fokus kepada organ badan selain dari muka seperti tangan.

Selain itu , perkara yang ditekankan ialah jalan cerita. Jalan cerita mestilah sampai dan sesuai dengan lagu.

Tiada penyanyi dalam melakukan video tanpa wajah ini.

Dalam konteks ini perkara utama yang ditekankan ialah :

*Jalan cerita
*Babak yang dilakonkan di tempat dan masa yang berbeza
* Fokus objek


BBM3410/18: Video One Shot

Video one shot ialah perakaman video yang dibuat tanpa melakukan edit.

Video one shot perlu dirakam tanpa menggerakkan perakam video.

Dalam membuat video one shot ini , satu lagu dipilih dan hanya perlu miming sahaja. Manakala suara asal penyayi diperlukan.

Dalam konteks ini , cara melakukan video one shot ialah penyanyai perlu bertukar ganti dan tiada lakonan yang dibuat. Hanya nyanyian semata-mata.

Untuk mencantikkan lagi video yang dibuat , pergerakan keluar masa antara seorang penyanyi dengan penyanyi yang lain digalakkan . Ianya bagi menampakkan video yang dibuat tak kaku.

Pemilihan lagu juga memainkan peranan penting dalam membuat video one shot ini.

BBM3410/18 : Papan Cerita

Papan cerita merupakan draf yang dibuat sebelum mebuat sesuatu projek ataupun pengiklanan.

Papan cerita dijadikan sebagai sandaran ataupun rujukan semua pihak yang terlibat.

Papan cerita juga memenuhi semua kriteria skop kerja.

Dalam pada itu , papan cerita juga perkara utama yang perlu dilakukan oleh sesebuah organisasi untuk memudahkan kakitangan memberi tindak balas dan memberi kefahaman dalam sesuatu projek.

Papan cerita yang dibuat mestilah jelas dan padu. Dan setiap kakitangan dapat mengetahui dan memahami tugas yang perlu dibuat.

Dalam papan cerita , hanya lakaran sahaja yang perlu dibuat hal ini kerana papan cerita merupakan asas kepada pelaksanaan sesuatu projek.

BBM3410/18 : Asas Grafik

Asas grafik merupakan perkara utama yang ditekankan bagi seorang jurugambar untuk melahirkan sesuatu gambar yang cantik dan mempunyai nilai.

Asas grafik mempunyai 5 perkara yang perlu di ambil kira iaitu :

1) Mudah - yang dikatakan mudah ialah sesuatu gambar yang diambil apabila dilihat semula sudah menggambarkan kefahaman pembaca atau pelihat. Pembaca atau pelihat tidak perlu berfikir lama untuk memahami gambar yang diambil itu.

2) kesesuaian - asaa grafik menekankan kesesuaian iaitu dari segi kombinasi gambar utama dengan latar belakang mempunyai keserasian. Begitu juga dengan gambar sokongan lain yang berkaitan mesti serasi.

3) keseimbangan - dari segi keseimbangan pula, seorang jurugambar perlu mahir untik seimbangkan gambar yang diambil seperti keluasan diantara kiri kanan atas bawah sama luas.  Begitu juga dengam objek yang diambil , perlu seimbanh kedudukannya.

4) Warna - dari aspek warna , gambar yang diambil dapat dilihat perbezaan warna dalam gambar tersebut . Perlu ada warna yang membezakan sesuatu . Contohnya , gambar pemandangan hijau , satunya ada warna merah melambangkan bunga. Ini lah yang dikatakan warna.

5) Teks - teks pula ialah dilihat dari segi penggunaan ayat dalam gambar. Seharusnya mempunyai ayat yang ringkas, jelas dan tepat . Teks tidak memerlukan ayat yang panjang .

BBM3410/18 FACEBOOK

salam . Tugasan individu yang terakhir harapnya . Facebook !! Berkurun aku tak post gambar di facebook , akhirnya Prof suruh masukkan gambar prof secara tak sengaja .
Untung ke aku, sebab viva dengan prof haritu . Dapat lah aku curi² ambil gambar dia tengah membawang. Heee .