Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18 MINGGU KEDUA KULIAH

Assalamualaikum semua.

Haaa kita sambung lagi . Pada coretan saya yang lepas ada saya katakan mengenai barang-barang misteri. Haa nak tahu untuk apa ? Barang-barang itu adalah untuk tajuk kuliah kedua iaitu pembelajaran asas grafik . Asas grafik ini merupakan asas yang perlu diketahui sebelum mengambil foto. Apa asas tu ?

Asas grafik

1. Mudah
2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

contoh mudah

Ahli kumpulan saya

BBM3410/18 MINGGU PERTAMA KULIAH

Berjumpa lagi dalam coretan si penuntut ilmu .

Assalamualaikum ...


Setelah 3 bulan bercuti, saya kembali semula ke UPM untuk meneruskan pejuangan sebagai pelajar. Satu subjek yang paling saya tunggu-tunggu untuk belajar ialah subjek bahasa dalam multimedia . Subjek ini sangat menarik kerana bahasa juga dikaitkan dengan multimedia . Prof Dr Normaliza merupakn pensyarah yang mengajar subjek ini.
Pada kuliah minggu pertama , telah diberi arahan oleh Prof untuk membawa barang-barang misteri iaitu gam uhu stick , mounting board , gunting , majalah lama , pisau . Ha nampak tidak kemisteriannya . Huuu . Nanti kita lihat apa yang saya kena buat dengan barang-barang tu.


Tunjuk sikitlah pembayang tugasan yang menanti

BBM3410/18 Si Penuntut Ilmu

Assalamualaikum ...

Saya si penuntut ilmu . Nama diberi Amelina bt Azhari . Saya merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia dan mengambil kos Bahasa dan Linguistik Melayu . Pada tahun ini , saya sedang berada dalam semester akhir dan akan bergraduasi tidak lama lagi . Saya berumur 23 tahun anak kedua dari enam beradik . Alhamdulillah saya akan membanggakan orang tua saya yang berada di kampung Chenderong Balai Teluk Intan, Perak.  Prinsip hidup saya ialah terus melangkah dan peduli kritikan orang. Doakan saya berjaya dunia akhirat .


Si penuntut ilmu bersama adik