Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Asas Grafik

Asas grafik merupakan perkara utama yang ditekankan bagi seorang jurugambar untuk melahirkan sesuatu gambar yang cantik dan mempunyai nilai.

Asas grafik mempunyai 5 perkara yang perlu di ambil kira iaitu :

1) Mudah - yang dikatakan mudah ialah sesuatu gambar yang diambil apabila dilihat semula sudah menggambarkan kefahaman pembaca atau pelihat. Pembaca atau pelihat tidak perlu berfikir lama untuk memahami gambar yang diambil itu.

2) kesesuaian - asaa grafik menekankan kesesuaian iaitu dari segi kombinasi gambar utama dengan latar belakang mempunyai keserasian. Begitu juga dengan gambar sokongan lain yang berkaitan mesti serasi.

3) keseimbangan - dari segi keseimbangan pula, seorang jurugambar perlu mahir untik seimbangkan gambar yang diambil seperti keluasan diantara kiri kanan atas bawah sama luas.  Begitu juga dengam objek yang diambil , perlu seimbanh kedudukannya.

4) Warna - dari aspek warna , gambar yang diambil dapat dilihat perbezaan warna dalam gambar tersebut . Perlu ada warna yang membezakan sesuatu . Contohnya , gambar pemandangan hijau , satunya ada warna merah melambangkan bunga. Ini lah yang dikatakan warna.

5) Teks - teks pula ialah dilihat dari segi penggunaan ayat dalam gambar. Seharusnya mempunyai ayat yang ringkas, jelas dan tepat . Teks tidak memerlukan ayat yang panjang .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.