Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18




Kisah benar ... (sekadar renungan)
Pada suatu ketika dahulu ada sepasang suami isteri yang sungguh berharta sehinggakan lupa akan usulnya. Memang kaya , gelang takat lengan , honeymoon setiap bulan . Mereka juga berkahwin atas desakan keluarga . 

Nak dijadikan cerita , kemewahan mereka telah Allah tarik . Dan mereka sedang diuji . Bulan makan bulan, tahun makan tahun, akhirnya si suami telah mengalami sakit mental kerana tidak boleh hadap ujian Allah . 

Pelbagai dugaan yang telah mereka terima.  Dalam pada itu sempat jugalah melahirkan 4 orang cahaya mata . Haha . Lawak !

Dan satu lagi ujian paling besar si suami telah dijemput illahi dan tinggal isteri bersama anak² nya . Jadilah mereka anak yatim .

Hidup mesti diteruskan . Mereka pulang ke kampung dan tinggal bersama tok . Dan disebabkan mereka anak yatim dan ibu tunggal mereka di manja di tatang bagai minyak yang penuh . Allahu . Memang tidak nafikan anak yatim perlu dijaga dengan baik. 

Lama kelamaan mereka jadi keras kepala.  Sukar ditegur, menjadi kurang ajar.  Allah uji lagi.  Sehinggakan mereka sanggup hina tok yang jaga mereka. 

Sedih bila tengok tok dilakukan seperti itu .

Moral cerita : walaupun siapa kita anak yatim sekalipun perlulah kita hormat orang lain dan hargai apa yang ada. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.