Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Pesta makanan

Minggu makanan tradisional

Assalamualaikum semua. HeheπŸ˜‡

Minggu kedua tidak silap saya . Pesta makanan yang sering ditunggu-tunggu oleh semua orang khususnya perempuan seperti saya yang kuat makan. Hehe . Walaupun berat tak naik-naik (yelah nak pakai baju pengantin kan) πŸ€”



Pesta makanan tersebut telah diadakan di FBMK di hadapan rumah-rumah tradisional. Seronoknya disitu , saya dapat melihat pensyarah-pensyarah menunjukkan bakat mereka untuk memasak. Bukan setakat pandai bersyarah je . Mereka sangat hebat. Yang paling saya suka Dr NorAzlina jual laksa Noraaz. Wahhhh hebat sangat .😁

Selain itu, terdapat juga makanan yang boleh dikatakan pelik bagi saya kerana ada bermacam-macam laksa. Saya ingat laksa ni satu je tapi nahhh kau banyak jenisnya . Kuih muih pun ada juga dijual di pesta makanan tersebut . Huhh memang kena bawa duit banyak lah masa tu . Semua benda rasa nak beli.

Tapi ada jugak yang jual makanan tidak ikut tema pesta tersebut. Apa yang mereka jual ? Air mangga viral sekarang . Hehe . πŸ˜…Tapi tidak kisahlah ianya dapat memeriahkan suasana pesta tersebut .

Dalam pada itu, terdapat juga pertunjukan masakan oleh chef yang terkenal iaitu chef Shahrim . Beliau memang hebat sangat dalam masakan sangat kreatif !

Bukan itu sahaja, ada juga pertandingan diselitkan iaitu , pertandingan ukir buah , mewarna , cabutan bertuah dan banyak lagi.  Hal ini dapat menarik minat budak-budak kecil.

Setelah penat tawaf satu pesta makanan tersebut saya balik terus pergi ke bank untuk ambil duit. Haha. Habis terus duit . Nasib baik JPA dah masuk. HeheπŸ˜‚

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.