Thursday, October 25, 2018

BBM 3410/18 : markah post insta

Haiii . Heee . Akhirnya prof like gambar yang telah dipost di instagram . Seronokk gila rasa . Rasa penat semua hilang bila prof yang sifatnya agak kering hati tu like gambar .

Jadinya kepada sesiapa yang mahu tengok macam mana kaedah ambil gambar flatlay , quarter flat lay , zero flat lay , half flat lay tu boleh lah jenguk insta saya amelina_azhari



BBM 3410/18 : VIDEO ONE SHOT

Video one shot ialah video yang direkod tanpa editing . Video tersebut direkod dari awal sehingga habis tanpa pergerakan kamera . Pergerakan hanya dilakukan oleh orang yang hendak membuat video sahaja . 

Tugasan video one shot ini , kami perlu membuat miming lagu . Lagu yang dipilih ialah hanya lagu melayu . 

Lagu yang kami pilih ialah aci aci buka pintu dari P.Ramlee dan Saloma . 

Dalam menyiapkan video ini , kami praktis sebanyak 5 kali . Dan ianya sangat mudah apabila dapat komitmen dari semua ahli kumpulan.  

Alhamdulillah kumpulan saya telah memberi kerjasama dan komitmen yang cukup dan hebat dalam menjayakan video ini . 




Monday, October 22, 2018

BBM3410/18 : DUIT

Assalamualaikum .

Duit !! Siapa je yang tak perlukan duit kan ? Lagi² student yang selalu habiskan duit untuk makan , lepak dan sebagainya.

Bagi aku pulak , aku jenis suka simpan duit dan keluarkan duit bila aku terdesak . Tapi macam hari² lak terdesak . Huhuhh . Dan aku sejenis yang tak reti mintk duit kat mak ayah aku . Segan ! Sebab dah besar . Huuuu

Sebab tu lah aku habiskan masa terluang aku denga buat kerja part time . Kerja kat mana , biar lah rahsia . Sebab aku tak suka kawan² aku datang masa aku tengah kerja .

Siapa cakap senang belajar sambil kerja ni ?

Mencabar sangat , tapi tu lah , ni jalan yang aku pilih . Sebab aku tak nak susahkan mak ayah aku .

Dan ramai tanya aku , macam mana manage masa ? Dengan tugasan , PITA , kelas semua tu .

Ermmm . Aku rasa kalau kau yang nak buat semua tu dengan ikhlas dan yakin kat Allah , semua tu jadi mudah . Alhamdulillah aku boleh buat semua tu . Dan masuk sem yang kedua dah aku kerja .

Tips yang selalu aku pegang

* Niat tu kena betulll !
* Doa merayu kat Allah
* Mintak restu mak ayah & luang masa dengan mereka
* jaga hubungan dengan manusia
* mudahkan urusan orang lain .

Tu je benda yang aku selalu buat walaupun aku ni kengkadang perangai macam hantu !!

BBM3410/18 : KALENDAR

Lagiiii ...

Seterusnya , kalendar !!

Kami kena buat kalendar guna adobe photo shot kut !!

Susahh sangat sebab tak pernah guna adobe tu .

Kalendar 2019 kena siapkan !!

Dah lah kena install apps tu .

Apps tu bervirus pulakkk !

Ramai kawan kawan merungut laptop mereka kelip kelippp . Alahhh takut jadi kat laptop aku .

Mintak² lah laptop aku bertahan smpai habis sem ni .

Doakan kami BLM dapat selesaikan tugasan Prof yang bertimbun !!

Masa aku nak siap kan kalendar ni , hmm aku sentap siket dengan G** tu . Kisah dia biarlah rahsia cuma ada ke dia cakap aku tak adil ? Okay takpe lagi aku terima , tup tuppp dia pulak yang buat keputusan macam tu dekat kawan aku yang lain !! Dia macam membenarkan . Apa tu ! Siapa yang tak adill ?? Lepas dari tu aku jadi malas nak pergi kelas amali.

Dan walaubagaimanapun , aku suka cara prof !! Bila dia kata A, A lah jawapnya . Takde tukar² . Hmm .

Tapii Alhamdulillah aku buat jugak kalendar tu dekat bilik . Sebab aku tahu tu tugasan aku . Heeee .

BBM 3410/18 : SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum . 
Prof Dr N bagi tugasan lagi . Dan katanya , akan ada banyak lagiii tugasan . Tagline yang selalu Prof guna "kena Redha" . Adehhh . Tabahhh lahhh hatiii walaupun banyak kerja kena buat . PITA PITA !! harap Prof faham kalau tugasan yang dibuat tak memuaskn , tu semua salah PITA !

Okey tugasan mengenai simpulan bahasa ni kami lapan kumpulan kena tangkap gambar berdasarkan simpulan bahasa yang dipilih . Ingat senang ke nak buat ! Tapi Alhamdulillah , prof suka ! Hehe . Walaupun kadang - kadang prof tu menakutkan , tapii dia baik pada akhir waktu . Kahkah !

Kumpulan Melur pilih 10 simpulan bahasa iaitu : murah hati , bertikam lidah , hati tikus , bulat kata , cantik molek , ada bakat , kaki ayam , pekak badak , senyum kambing , ikat perut . 

Macam mana tugasan yang prof nak . Ha di sini saya kepilkan contoh tugasan yang telah kami sekumpulan buat . 








Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : BENCANA ALAM

Astaghfirullahaladzim
Asraghfirullahaladzim
Astaghfirullahaladzim

Sudahkah anda beristighfar ?
Sejak kebelakangan ni , pelbagai bencana alam berlaku di negara jiran iaitu Indonesia begitu juga dengan Malaysia.

AllahuAkbar !! Kiamat dah dekat :(

Takutnya hati ini . Adakah syurga mahu terima aku ? Allah .

Aku melihat dunia seolah olah mereka tidak kesah dan endah tentang bencana yang berlaku .

Bencana yang berlaku adalah satu petunjuk dan penanda bahawa dunia semakin tua.  Semakin hampir sampai ke penghujungnya . Lailah ...

Disana sini maksiat . Buang anak , zina , bunuh mak , bunuh ayah , LGBT lagilah berleluasa. Ya Allah . Sedihnya dengan dunia yang semakin tua.

Ayuhlah sama sama kita kejar akhirat
Semoga syurga milik kita semua . Amiinnnn :)


TSUNAMI DI PALU INDONESIA

BBM3410/18




Kisah benar ... (sekadar renungan)
Pada suatu ketika dahulu ada sepasang suami isteri yang sungguh berharta sehinggakan lupa akan usulnya. Memang kaya , gelang takat lengan , honeymoon setiap bulan . Mereka juga berkahwin atas desakan keluarga . 

Nak dijadikan cerita , kemewahan mereka telah Allah tarik . Dan mereka sedang diuji . Bulan makan bulan, tahun makan tahun, akhirnya si suami telah mengalami sakit mental kerana tidak boleh hadap ujian Allah . 

Pelbagai dugaan yang telah mereka terima.  Dalam pada itu sempat jugalah melahirkan 4 orang cahaya mata . Haha . Lawak !

Dan satu lagi ujian paling besar si suami telah dijemput illahi dan tinggal isteri bersama anak² nya . Jadilah mereka anak yatim .

Hidup mesti diteruskan . Mereka pulang ke kampung dan tinggal bersama tok . Dan disebabkan mereka anak yatim dan ibu tunggal mereka di manja di tatang bagai minyak yang penuh . Allahu . Memang tidak nafikan anak yatim perlu dijaga dengan baik. 

Lama kelamaan mereka jadi keras kepala.  Sukar ditegur, menjadi kurang ajar.  Allah uji lagi.  Sehinggakan mereka sanggup hina tok yang jaga mereka. 

Sedih bila tengok tok dilakukan seperti itu .

Moral cerita : walaupun siapa kita anak yatim sekalipun perlulah kita hormat orang lain dan hargai apa yang ada. 

BBM 3410/18 Tugasan minggu 5 (fotografi)

Assalamualaikum...

Ingatkan dah habis fotografi punya kerja. Ya Ampun ada lagi . Fotografi yang kali ni lagi seronok dari haritu . Sebab apa saya cakap seronok ? Sebab tak melibatkan orang dalam gambar tersebut . Auwww habis tu tangkap gambar apa . Ha ni dia , anda semua kan selalu sebelum makan ambil gambar dulu kan ? Main ambil je gambar tu macam mana kan ? Jadinya disini saya akan sebutkan jenis fotografi tersebut .

* fotografi flat lay
* fotografi half flat lay
* fotografi quarter flat lay
*fotografi zero flat lay

Oleh itu , kami perlu mengambil gambar mengikut jenis fotografi yang disebutkan oleh prof . Huuuu . Mencabar weh proses ambil gambar tu . Sampai ada yang bergaduh lah walaupun satu kumpulan . Nasib baik perang dingin tu sekejap je . Kalau tak habis lah nak kena hadap 1 sem . Hehe . Alhamdulillah walaubagaimanapun kami dapat post di instagram mengikut masa yang ditetapkan . Kami hanya diber masa 2 jam sahaja . Boleh bayangkan lah kalutnya macam mana . Tapi kelakar boleh tengok usaha kawan- kawan untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik . Proses pengambilan gambar akan diterangkan melalui gambar yang saya akan masukkan . Boleh bayang sendirilah betapa hebatnya kami sahut cabaran



Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Diari Minggu Lepas

Aktiviti yang menarik πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Salam sejahtera pembaca yang dikasihi :)

Aktiviti yang saya lakukan pada minggu lepas ialah seperti biasa saya bekerja. Heee . Gigih cari duit . Sebab nafsu membeli saya tinggi . Haha . Dalam kesibukan mencari duit tu sempatlah jugak membeli belah lagi . Heee . Boleh kata minggu tersebut 2 kali saya jejak kaki ke The Mines . Heee . Pergi buat apa je ? Mestilah habiskan duit yang ada . Haha . Tu yang pertamanya. Kedua saya pergi adalah untuk makan oden . Heee yang dekat family mart tu . Sedap rupanya . Macam nak pegi beli lagi nanti . Lepas itu saya pergi ke uptown The Mines. Wah boleh tahan lah harganya murah-murah. Sangat berbaloi kepada sesiapa yang nak bergaya tapi tidak mampun πŸ˜… .

Setelah itu , semasa hendak balik ke kolej yang tercinta iaitu KTP saya sempat tertoleh satu bunting yang iklankan kursus kahwin. Wahh peluang terdetik dihati . Tanpa berfikir panjang saya terus daftar untuk ambil kursus tersebut.  Alhamdulillah kursus yang sangat seronokπŸ˜‚ . Bukan itu sahaja, harga juga murah iaitu RM 75 termasuk makan . Kursus tersebut berlangsung selama 2 hari .
Yeah salah satu senarai yang saya perlu buat untuk ke alam rumah tangga tidak lama lagi berjaya dibuat . πŸ€—πŸ€—πŸ€—

P/s : Doakan saya murah rezeki, mendapat kerja yang bagus dan dekan lagi buat semester yang terakhir ini. 😊😊😊


Heee buah hati :)



BBM3410/18 : Pesta makanan

Minggu makanan tradisional

Assalamualaikum semua. HeheπŸ˜‡

Minggu kedua tidak silap saya . Pesta makanan yang sering ditunggu-tunggu oleh semua orang khususnya perempuan seperti saya yang kuat makan. Hehe . Walaupun berat tak naik-naik (yelah nak pakai baju pengantin kan) πŸ€”



Pesta makanan tersebut telah diadakan di FBMK di hadapan rumah-rumah tradisional. Seronoknya disitu , saya dapat melihat pensyarah-pensyarah menunjukkan bakat mereka untuk memasak. Bukan setakat pandai bersyarah je . Mereka sangat hebat. Yang paling saya suka Dr NorAzlina jual laksa Noraaz. Wahhhh hebat sangat .😁

Selain itu, terdapat juga makanan yang boleh dikatakan pelik bagi saya kerana ada bermacam-macam laksa. Saya ingat laksa ni satu je tapi nahhh kau banyak jenisnya . Kuih muih pun ada juga dijual di pesta makanan tersebut . Huhh memang kena bawa duit banyak lah masa tu . Semua benda rasa nak beli.

Tapi ada jugak yang jual makanan tidak ikut tema pesta tersebut. Apa yang mereka jual ? Air mangga viral sekarang . Hehe . πŸ˜…Tapi tidak kisahlah ianya dapat memeriahkan suasana pesta tersebut .

Dalam pada itu, terdapat juga pertunjukan masakan oleh chef yang terkenal iaitu chef Shahrim . Beliau memang hebat sangat dalam masakan sangat kreatif !

Bukan itu sahaja, ada juga pertandingan diselitkan iaitu , pertandingan ukir buah , mewarna , cabutan bertuah dan banyak lagi.  Hal ini dapat menarik minat budak-budak kecil.

Setelah penat tawaf satu pesta makanan tersebut saya balik terus pergi ke bank untuk ambil duit. Haha. Habis terus duit . Nasib baik JPA dah masuk. HeheπŸ˜‚

BBM3410/8: Fotografi

Ceritera tugasan minggu ketiga subjek bahasa dalam multimedia


Assalamualaikum...

Tugasan yang diberi oleh Prof Dr Normaliza yang dikasihi dan disayangi ialah ambil gambar mengikut jenis fotografi yang telah diterangkan. Fotografi ada 6 jenis iaitu :


  1.  Mugshot
  2.  Longshot
  3. Mediumshot
  4. Potrait
  5. Over the shoulder
  6. Bird's eye view.
Tugasan ini sangat menarik untuk dibuat kerana memerlukan kerja diluar kawasan. Setelah itu kami berasa bangga kerana dapat mengambil gambar ala-ala fotografi yang profesional. Tugasan ini perlu di memuatnaik di Instagram dan perlu meletakkan kapsyen yang kelakar. Kapsyen yang kelakar itu sebenarnya amatlah sukar untuk difikir. Menurut Prof, kapsyen kelakar tersebut mestilah sampai Prof ketawa. Dibawah merupakan contoh gambar yang telah diambil.








Selesai tugasan fotografi , ada lagi tugasan yang menyusul. Tugasan yang menyusul tersebut merupakan tugasan individu . Tugasan yang paling tak boleh hadam sepanjang tahun belajar di UPM. Nak tahu kenapa ? Kejap saya cerita dulu apa bentuk tugasannya . Tugasannya mudah sahaja hanya perlu pos di emel  tapi ianya amatlah sukar bagi Prof.  Yang tidak boleh hadamnya sebab 20/80 orang sahaja yang dapat markah. Hal ini disebabkan kesalahan kami sendiri iaitu tidak ikut format yang diberi . Hahahaha . Rugi 10 markah disitu . Doakan saya dan kawan-kawan yang tidak dapat 10 markah tu dapat dekan sem ni . πŸ˜‚

Sekian tugasan yang diberi oleh Prof :)