Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/8: Fotografi

Ceritera tugasan minggu ketiga subjek bahasa dalam multimedia


Assalamualaikum...

Tugasan yang diberi oleh Prof Dr Normaliza yang dikasihi dan disayangi ialah ambil gambar mengikut jenis fotografi yang telah diterangkan. Fotografi ada 6 jenis iaitu :


  1.  Mugshot
  2.  Longshot
  3. Mediumshot
  4. Potrait
  5. Over the shoulder
  6. Bird's eye view.
Tugasan ini sangat menarik untuk dibuat kerana memerlukan kerja diluar kawasan. Setelah itu kami berasa bangga kerana dapat mengambil gambar ala-ala fotografi yang profesional. Tugasan ini perlu di memuatnaik di Instagram dan perlu meletakkan kapsyen yang kelakar. Kapsyen yang kelakar itu sebenarnya amatlah sukar untuk difikir. Menurut Prof, kapsyen kelakar tersebut mestilah sampai Prof ketawa. Dibawah merupakan contoh gambar yang telah diambil.








Selesai tugasan fotografi , ada lagi tugasan yang menyusul. Tugasan yang menyusul tersebut merupakan tugasan individu . Tugasan yang paling tak boleh hadam sepanjang tahun belajar di UPM. Nak tahu kenapa ? Kejap saya cerita dulu apa bentuk tugasannya . Tugasannya mudah sahaja hanya perlu pos di emel  tapi ianya amatlah sukar bagi Prof.  Yang tidak boleh hadamnya sebab 20/80 orang sahaja yang dapat markah. Hal ini disebabkan kesalahan kami sendiri iaitu tidak ikut format yang diberi . Hahahaha . Rugi 10 markah disitu . Doakan saya dan kawan-kawan yang tidak dapat 10 markah tu dapat dekan sem ni . 😂

Sekian tugasan yang diberi oleh Prof :)

Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18 MINGGU KEDUA KULIAH

Assalamualaikum semua.

Haaa kita sambung lagi . Pada coretan saya yang lepas ada saya katakan mengenai barang-barang misteri. Haa nak tahu untuk apa ? Barang-barang itu adalah untuk tajuk kuliah kedua iaitu pembelajaran asas grafik . Asas grafik ini merupakan asas yang perlu diketahui sebelum mengambil foto. Apa asas tu ?

Asas grafik

1. Mudah
2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

contoh mudah

Ahli kumpulan saya

BBM3410/18 MINGGU PERTAMA KULIAH

Berjumpa lagi dalam coretan si penuntut ilmu .

Assalamualaikum ...


Setelah 3 bulan bercuti, saya kembali semula ke UPM untuk meneruskan pejuangan sebagai pelajar. Satu subjek yang paling saya tunggu-tunggu untuk belajar ialah subjek bahasa dalam multimedia . Subjek ini sangat menarik kerana bahasa juga dikaitkan dengan multimedia . Prof Dr Normaliza merupakn pensyarah yang mengajar subjek ini.
Pada kuliah minggu pertama , telah diberi arahan oleh Prof untuk membawa barang-barang misteri iaitu gam uhu stick , mounting board , gunting , majalah lama , pisau . Ha nampak tidak kemisteriannya . Huuu . Nanti kita lihat apa yang saya kena buat dengan barang-barang tu.


Tunjuk sikitlah pembayang tugasan yang menanti

BBM3410/18 Si Penuntut Ilmu

Assalamualaikum ...

Saya si penuntut ilmu . Nama diberi Amelina bt Azhari . Saya merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia dan mengambil kos Bahasa dan Linguistik Melayu . Pada tahun ini , saya sedang berada dalam semester akhir dan akan bergraduasi tidak lama lagi . Saya berumur 23 tahun anak kedua dari enam beradik . Alhamdulillah saya akan membanggakan orang tua saya yang berada di kampung Chenderong Balai Teluk Intan, Perak.  Prinsip hidup saya ialah terus melangkah dan peduli kritikan orang. Doakan saya berjaya dunia akhirat .


Si penuntut ilmu bersama adik