Thursday, November 15, 2018

BBM 3410/18: CARA HALAU SEMUT KELUAR DARI BALANG GULA

Tips dari mak kesayangan aku.

semut ni kalau dengan gula dah macam kawan baik dah aku rasa. mesti semut tu akan muncul kalau ada gula. haih . kadang pelik jugak macam manalah boleh masuk dalam balang gula.

Jadi bila dah ada semut mesti kita rasa macam nak buang semua gula tu. sebab tak kan nak kutip sekor-sekor kut kan.

ha mai sini aku bagi tahu macam mana mak aku buat kalau ada semut dalam gula.

bunga cengkih !!

mesti dekat rumah masing-masing ada bunga cengkih ni kan . tak banyak pun guna nya.

ambil dalam 3-5 biji bunga cengkih tuu letak je dalam balang gula.

pastikan buka lah penutup dia .

dalam tak sampai setengah jam, tengoklah bertempiaran semut tu lari dari balang tu.

jangan risau kita tak membunuh. sebab semut tu tak mati dia cuma keluar je dari balang tu. heee .  mudahkan ?






nilah bunga cengkih yang aku cakap tadi.


BBM3410/18: KELAS AMALI KHAMIS

Paling dinanti-nantikan kuliah amali takde !!

yeayyyyyy !!

takyah buat pun takpe kuliah amali ni. sebab dah siap kalendar ...

dan takyah aku nak tengok muka tu lagi. hmm

jadinya untuk ganti kuliah amali tu Prof suruh kami ambil video proses photoshop dan kena ada gambar muka sekali. 

video okay videoooo !!


BBM3410/18 PRODUK AIKEN

HAI GEGIRL SEMUA ..

Harini aku rasa macam nak kongsi sikit pengalaman aku guna produk AIKEN.

produk AIKEN ni memang sesuai untuk semua orang . tapi lagi sesuai untuk yang bermasalah jerawat teruk dan muka berminyak.

okay sebelum aku jumpa dengan produk AIKEN ni, muka aku sangat-sangat berminyak dan jerawat suka bermastautin kat muka aku. memang tak nafikan lah beribu duit aku habis semata untuk hilangkan semua tu.

berkesannnnnn, tapi tulah sekejap je. lepas tu dia bermaharajalela balik kat muka aku. aduhhh.

sampai lah orang duk cerita pasal produk timbang kilo bagai tu. aku pun buatlah kajian sikit google produk tersebut. hmm. patutlah.

jadinya aku berjinak-jinak jejak kaki aku ke drugstore macam Watson dan Gurdian. 

aku tanya dia punya pakar perunding kat situ. dan pakar tu syorkan kat aku guna produk AIKEN.

Alhamdulillah aku dah guna produk tuu hampir setahun.

harga dia memang murah. sesuailah untuk pelajar yang macam aku. kalau habis pun senang nak beli semula. sebab tak mahal.


contoh produk AIKEN


UBAT JERAWAT PALING BERKESAN ! SAPU TERUS KECUTT !

WANGIIIII BAU DIA !!

Tuesday, November 13, 2018

BBM 3410/18 VIDEO ONE SHOT TWO LAYER

Minggu ni memerlukan tugasan one shot two layer disiapkan . Sebab Isnin depan nak tayang .
One shot two layer ni ape yang aku faham ialah mempunyai penyanyi dan pelakon . Dalam pada itu , penyanyi juga boleh berlakon .
Tidak ada keluar masuk penyanyi kecuali pelakon .
Yeahh . Kumpulan Melur dah berjaya siapkan video one shot two layer tu harini .
Bayang kan berlatih malam , pagi terus shot video . Pagi pagiiiii pulak tu . Hmm . Selalunya masa tu aku di tempat tidur lagi .
Proses buat video ni macam biasa lah perahh idea masing-masing . Sampai yang aku perasan ada tarik muka . Aku faham kenapa dia tarik muka . Sabar sabar k !
Mula-mula kami pilih lagu gadis dan bunga tau, lepas tu fikir punya fikir rasa macam susah sebab kena ada watak lelaki . Kami bukan tak nak ambil pelakom tambahan tapi kami pun dah 10 orang . Ramai dahh .
Jadi , kami setuju tukar lagu . Beribu Sesalan (3 suara) . Hmmm .
Dan jalan cerita yang kami buat ialah kisah si penagih dadah yang ingin kembali ke pangkal jalan tapiii tak sempat dan mati ketika menagih .
Harap Prof faham lah nanti bila tengok video tu . Risau kalau kena buat lain .
Nanti boleh lah usha- usha dekat Youtube video nya . Heee . Taip je BBM 3410/18


proses perbincangan
selesai shot video two layer

Monday, November 12, 2018

BBM3410/18 Twitter

Sejak ambil subjek BBM 3410 macam-macam Apps aku kena install .

Aku baru ada Twitter weh . Tak pandai lagi nak guna . Sebab aku bukan jenis nak belek benda macam tu . Aku sibuk dengan kerja aku . Huhu .

Tapiii aku buat jugak apa yang Prof suruh. Aku kena REDHA. Ujian hidup , adatlahh kan .

Aku kena retweet balik apa yang di Tweet oleh kawan². Huuu . Allah je tahu tahap malas aku nak Tweet dekat Twitter . Bukan apa , sebab aku tak pandai guna . Hmm .

Aku cuba juga buat semua tu . Heee . Aku berjaya lah tweet beberapa orang kawan aku punya post . Huuuuu .

Tapi lama-lama baru aku tahu yang Twitter tu rupanya khas untuk yang suka membaca. Haha . Sebab banyak tulisan dari gambar tak macam Insta. Hmm . Boleh lah banyak jugak input yang aku dapat bila follow orang yang bijak pandai.

Heee terima kasih Prof sebab dedahkan semua Apps yang bermanfaat :)

Contoh yang aku dah retweet + komen lagii . Hehe .

Sunday, November 11, 2018

BBM 3410/18 : tugasan kampungku

Tugasan kampung ku

Tugasan ni kami perlu mengambil 10 keping gambar yang berkaitan dengan pemandangan di kampung halaman .

Masa buat tugasan ni , aku hadapi kekangan sebab aku tak balik rumah . Aku kat Upm . Huuhu

Ada benda aku nak kena siapkan . Memang masa tu tak senang duduklah cerita dia . Markahh kut .

Jadinya fikir punya fikir aku balik lah lari kejap dalam 2 hari je aku balik .

Kisahnya , siap jugak tugasan kampungku . Huuu .

BBM 3410/18 : Hotel Melaka

Cuti sekolah dah hampir . Pastiii semua nak cari tempat untuk bercuti .

Ha pada yang nak ke Melaka tu , saya boleh dikatakan menginaplah di hotel Seri Pelangi . Sebab apa ?

* Murah
* Betul² depan Taming Sari (senang nak berjalan tak payah bawa kereta , jalan kaki je) boleh save duit minyak
* Owner dia Islam (memang yakin lah nak guna semua benda dalam tu)
* Ada macam saiz bilik , apartmen pun ada .
* Dekat jugak dengan kedai makan hipstur kat situ .
* Senang nak shoping
* Ada jugak hotel tu bagi kupon diskaun untuk pelanggan.

Huuu , dan siap sedialah bawak duit banyak kalau ada budak² . Sebab semua benda diorang nak . Huuu . 

Aku lupa lak nak ambil gambar hotel tu . Tapi jangam risau , google je Hotel Seri Pelangi :))

BBM 3410/18 : tips sebelum masuk kelas multimedia

Haii junior BLM , Kat sini aku nak bagi tips kat korang sebelum nak masuk kelas bahasa dalam multimedia

Pertama :
Korang mesti kena simpan duit RM 85.00 untuk beli buku prof (BOOM & 200 Quotes)

Buku tu mesti korang kena bawa setiap kali kelas prof , kalau tak habis lah korang kena potong markah .

Kedua :
Untuk kelas amali , korang kena siap sedia untuk buat blog macam aku tengah buat sekarang ni .

Kalau boleh buat lah siap-siap blog . Senang !

Lepastu install siap-siap Adobe Photoshop untuk buat kalendar .

Ketiga :
Pandai pilih ahli kumpulan . alhamdulillah aku punya ahli kumpulam semua perfom . Kalau korang silap pilih ahli , masak lah korang .

Sebab tugasan prof banyak dan memerlukan kreariviti

Keempat :
Kalau boleh siapkan PITA sebelum ambil subjek bahasa dalam multimedia ni . Sebab nanti korang akan rasa tak sempat nak buat PITA .

Tu je lah aku nak bagi tahu .
Tapii , korang jangan risau , kelas Prof lah paling seronok dan banyak benda yang korang akan dapat walaupun kita budah bahasa . Heee . Sekian :)

BBM3410/18

Prof masuk tv !!

Huuu pada hari Isnin 5 Nov , Prof Normaliza diundang khas oleh Tv Al- Hijrah untuk mengupas tajuk mengenai memartabat bahasa Melayu dan pengharmonian antara kaum .

Apa yang dikatakan , prof memang hebat . Bab berceramah memang serah dekat Prof . Perfect !

Tugasan yang kami perlu buat ialah ambil gambar prof semasa sedang berceramah .

Katanya , ambil gambar bagi dia nampak muda walaupun **.

Heee , rata-rata gambar yang diambil oleh kawan-kawan aku memang betul prof nampak muda . Mungkin sebab prof kecikk kut . Hehe .

BBM3410/10 : KELAS DEEPAVALI

Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang diraikan oleh kaum India .

Perayaan Deepavali sama seperti musim perayaan kaum kaum yang lain iaitu mendapat kesamarataan cuti selama seminggu .

Untuk mendapatkan kesamarataan tersebut , kami pelajar BLM perlu membuat sesuatu atas permintaan Prof agar kelas kuliah pada hari Isnin di jalankan atas talian .

Oleh itu , kami di beri tugasan untuk memuat naikkan gambar tangan yang bermaksud setuju supaya kelas hari isnin tersebut diadakan secara atas talian .

Jadiii , kami berjayaa !

Kami bersatu hati sebab kesian dekat Kavenia dan Rao kerana mereka nak sambut raya dengan tenang .